Tetapi masih terbelenggu dengan masalah :





Dan anda tercari-cari :

  

 


InsyaAllah, teknik kami mudah.
Kita mahirkan Al-Quran ikut cara 'short-cut'.
Tak perlu ingati nama hukum tajwid yang banyak.



................................................






Pesanan dari :
Ustaz Hj. Mohd Asraff Ayob Al-Hafiz.

(Kenali beliau disini)

.



Assalamualaikum w.b.h

Tuan-puan yang amat saya hormati,

Sepanjang pengalaman saya mengajar Al-Quran kepada masyarakat, saya kerap menerima masalah di atas. Ada yang mengadu, ‘Ustaz, saya ingin belajar Al-Quran tapi sibuk. Susah nak beri komitmen hadiri kelas...'.

’Yang lain pula risau, ‘Umur dah meningkat ustaz, tapi Quran masih tak pandai-pandai baca….’

Soalnya, benarkah kita perlukan masa panjang untuk belajar Al-Quran?

Tidak semestinya.


Kerana, itu bukan punca masalahnya.

Masalah kita bukan tiada masa atau ‘pening nak faham berpuluh hukum tajwid’.

Masalah pokoknya adalah, kita tidak didedahkan JALAN PINTAS memahami tajwid. Kita belajar sana-sini tetapi masih tidak nampak ‘big picture’ ilmu ini.

Kita tidak sedar, sebenarnya ada jalan pintas.

Mahukah anda belajar kuasai JALAN PINTAS itu dengan cara lebih menyenangkan?

Belajar di rumah tidak sampai 5 HARI? Tidak perlu ambil masa berbulan?

Kita terus bincang ilmu tajwid TERPENTING sahaja?



Semua ini didedahkan dalam :
DVD TIGA SEMINAR

.


................................................

.



Ada 5 kaedah, bagaimana DVD ini bantu selesaikan masalah anda :



Kaedah  #1.    Ilmu tajwid yang wajib anda tahu sahaja.

DVD ini fokuskan ilmu tajwid yang PALING ANDA PERLUKAN sahaja. Ini kerana, ilmu tajwid amat luas tetapi tidak semua perlu diketahui.

Tajwid ada teori, ada praktikal.


Yang kami bincangkan hanya praktikal. Ilmu tajwid yang akan digunakan ketika membaca Al-Quran sahaja.

Anda tak perlu perah otak ingati berpuluh nama hukum tajwid yang banyak.

Pendek kata, terus boleh kuasai ilmu membaca Al-Quran.



Kaedah  #2.     Kami bimbing langkah demi langkah.

Kami bimbing dari asas hinggalah anda mampu baca Al-Quran tahap pakar.
Ada 3 DVD yang akan bantu anda ke arah itu :









Langkah pertama, tonton DVD ini kerana ia menerangkan dua perkara UTAMA : ‘big picture’ & ‘short-cut’  ilmu tajwid. Apa ilmu tajwid yang perlu dikuasai, apa yang tidak perlu.

Big picture : Sebenarnya, semua hukum tajwid utama terbahagi kepada 4 kategori sahaja : dengung, tidak dengung, hamzah wasal & mad.

Short-cut : Camkan hampir 70% hukum-hakam tajwid dalam Al-Quran melalui simbol & kod Resam Uthmani.

Lebih cepat, bersifat praktikal & lebih mudah.


Tonton contoh videonya di bawah :









Ini tahap seterusnya.

Fokus DVD ini adalah untuk mencantikkan lagi bacaan Al-Quran anda, dari bunyi melayu ke bunyi arab.

Kita akan 'upgrade' lenggok bacaan ke tahap yang selalu Rasulullah s.a.w amalkan : Cara sebutan 'lahjah arab'. Antara tips yang kami kongsikan adalah :

-  Cara hilangkan kesalahan sebutan 10 huruf yang selalu ditutur dengan ‘bunyi melayu’.

- 10 bacaan unik dalam Al-Quran yang wajib anda tahu. Jika tidak, kita kerap ‘ter’salah disini.

- Praktikal bacaan. Ada 3 jenis kesalahan yang paling kerap kita lakukan. Saya akan tunjukkannya satu-persatu beserta cara memperbetulkannya.



Tonton contoh videonya di bawah :








Apabila bacaan telah mantap, tentu anda berhasrat membaca surah lebih panjang dalam solat seperti Surah Mulk, Sajadah & Yasin.

Semua surah ini banyak fadhilatnya dalam hidup. Elok diamalkan setiap hari.

Kerana itu, semua surah ini elok diingati. Jadi kami kongsikan teknik paling berkesan untuk menghafaznya.

Hafazannya bukan kerap lupa dari ingat kerana teknik ini membantu anda mencapai ingatan sekuat Surah Fatihah, jarang  lupa sejak kecil sampai sekarang.

Kaedah Jibril menyediakan teknik ke arah itu.



Tonton contoh videonya di bawah :






Kaedah  #3.    Belajar di rumah sahaja. Lebih mudah.

Benar, belajar di kelas lebih tersusun tetapi realitinya anda sibuk bekerja. Bila pulang, badan sudah letih. Hujung minggu pula sibuk dengan urusan keluarga. Susah hendak beri komitmen hadiri setiap kelas.

Apa kata belajar dari rumah dahulu.Tonton 3 DVD ini.

Belajar secara santai ditemani teh tarik disisi. Boleh ulang berkali-kali jika tidak faham.

Boleh tonton satu keluarga. Jika penat atau mengantuk, anda boleh ‘pause’ dan sambung esok.


Kuasai segala step tajwid penting dahulu. Selepas itu, jika anda ingin sertai mana-mana kelas, barulah hati lebih yakin.



Kaedah  #4.    Kami mengajar secara santai untuk elakkan anda bosan.

DVD ini bukan dirakam dalam studio, tetapi ia adalah rakaman penuh seminar sehari.

Kerana itu, penyampaiannya lebih ‘real’ & manusiawi.


Walaupun ia seminar agama, penyampaian kami dibuat secara santai, sambil diselang-seli sedikit humor serta banyak interaksi.

Ramai peserta bertanya soalan penting. Jawapannya perlu anda tahu kerana ia dari masyarakat awam, sama seperti anda.

Apa yang mereka tanya, itu juga yang ingin anda tahu.

Cuba baca pengalaman peserta yang menyertainya :


.



Kaedah  #5.    Kami singkatkan tempoh anda belajar Al-Quran.

Berdasarkan pengalaman saya membuka kelas Al-Quran, ramai pelajar ‘gugur di tengah jalan’, tidak habis.

Maknanya ilmu tajwid yang dipelajari tidak lengkap.


Saya tidak mahu anda begitu.

Kerana itu saya kumpulkan ilmu penting Al-Quran dalam DVD ini lengkap dengan penerangan. Boleh dikongsi hingga ke anak-cucu.


Lagipun, pembelajaran kita bukan tamat setakat DVD ini. Jika ada soalan, ajukan kepada saya melalui emel (asraff2@yahoo.com) & facebook (UstazAsraff). InsyaAllah saya akan berikan jawapan terbaik.

Malah jika benar serius, pertemuan bersama saya pun boleh diaturkan.





................................................




Para pembaca budiman, saya yakin ia bakal memantapkan kefahaman anda. Ini kerana, semua ilmu ini diperolehi dari kepakaran dan pengalaman lebih 20 tahun dalam bidang Al-Quran.


>> Saya mula menghafaz Al-Quran sejak berusia 13 tahun.
>> kelulusan Ijazah sarjana muda (kepujian) Al-Quran & Qiraat, Universiti Al-Azhar, Mesir.
>> Masters (Sarjana) Psikologi I.O, U.K.M

>> memiliki sanad sahih Al-Quran, bersambung dengan Rasulullah s.a.w.
>> pernah berkhidmat di Darul Quran, pusat rujukan hafazan 30 juz Al-Quran utama Malaysia.

>> Diiktiraf kepakaran tajwid apabila dilantik sebagai pensyarah jemputan Universiti Malaya & U.I.A (untuk program persijilan Al-Quran masyarakat awam).

>> Dilantik sebagai imam khas solat tarawikh berpasangan dengan Syeikh Jibril (Qari terkenal Mesir) di Masjid Wilayah, KL (2007)

>> Dijemput berkongsi pengalaman Al-Quran dengan MRSM Ulul Albab. (MRSM khas hafazan Al-Quran & akademik.)

>> telah mengadakan lebih dari 40 seminar Kaedah Jibril seluruh Malaysia, dihadiri lebih 5,000 peserta. Ia juga diadakan di luar negara : New Zealand, Singapura & Brunei Darussalam.

>> Keberkesanan Kaedah Jibril diiktiraf kerajaan Brunei apabila ia dijadikan kaedah hafazan untuk seluruh sekolah menengah agama Brunei.

>> telah menulis 3 buku mengenai Al-Quran : Kaedah Jibril (terbitan PTS), Quranology (terbitan Mustread) dan 145 fakta menarik Al-Quran (ebook).

>> dilantik sebagai pengajar Al-Quran khas kepada Dr. Azizan Osman  (Jurulatih pemasaran No. 1 Asia) -klik sini-. Terkini, sedang menulis buku ‘Hidup Luarbiasa’ bersama beliau.













RM 90 sahaja
untuk 3 tajuk DVD


Jika anda fikir ia agak tinggi, cuba bandingkan dengan
kos menghadiri kelas tajwid seminggu sekali.

Sebulan anda bayar RM50. Silibusnya setahun.
Bermakna, yurannya RM600.


DVD ini baru RM 90.

Lagipun, ilmu DVD ini kekal. Boleh diulangkaji berkali-kali.
Anak-anak pun boleh tonton sama.


Berita baik : anda cukup bertuah
kerana melayari website ini sekarang.
Ada promosi  :)










JAMINAN KAMI :

Anda boleh cuba
100%
bebas risiko.








Untuk pembelian, klik gambar 'Tempah sekarang' di bawah :
Anda jimat RM 25 + Dapat DVD percuma bernilai RM45.













********************************************

Produk berkualiti terbitan :




FURQANWORKS SDN BHD(1034644-M)
13M, Tingkat 1, Jln Hentian 1B,
Pusat Hentian Kajang
43000 Kajang. Selangor

Tel/Faks : 03-8741 6464
E-mel : furqanworkssdnbhd@gmail.com




.