f





Dan anda tidak putus berdoa :



  

InsyaAllah, teknik kami mudah.
Mahirkan ilmu Al-Quran anak anda ikut cara 'short-cut'.
Tak perlu ingati nama hukum tajwid yang banyak.




................................................






Pesanan dari :
Ustaz Hj. Mohd Asraff Ayob Al-Hafiz.

(Kenali beliau disini)

.


Assalamualaikum w.b.h
Tuan-puan yang amat saya hormati,

Sepanjang pengalaman mengajar Al-Quran kepada masyarakat, saya kerap bertemu ibu-bapa berhadapan masalah di atas. Ada yang mengadu, ‘ustaz, pening kepala saya dengan anak seorang ni… Dah besar panjang tapi Al-Quran tak reti-reti baca lagi…’

Saya setuju, Al-Quran penting untuk mereka kuasai. Ketika terlalu banyak
krisis akhlak
menyerang anak remaja sekarang, kita yakin Al-Quranlah
perisai yang mampu membentengi mereka dari semua itu.

Soalnya, adakah Al-Quran terlalu sukar untuk anak kita kuasai, atau teknik pembelajaran yang tidak serasi dengan mereka?

Saya yakin, anak kita pintar.

Saya juga percaya, Al-Quran mudah dipelajari.

Cuma masalahnya, cara pembelajaran Al-Quran
yang diamalkan mungkin tidak serasi
dengan citarasa mereka. 


Masalahnya bukan, ‘mak, susahlah nak faham ustaz-ustazah mengajar..’

Bukan itu masalahnya. Puncanya mungkin, teknik pembelajaran Al-Quran yang digunapakai TIDAK SERASI dengan citarasa anak anda.

Ibu-bapa yang dihormati,

Anak remaja sekarang pemikirannya berbeza dengan kita. Pada zaman internet facebook youtube, mereka suka belajar melalui komputer, laptop & t.v sahaja.

Cara pembelajarannya pula perlu santai, ada sedikit humor dan ‘straight to the point’ kerana mereka sukakan tempoh belajar yang pendek tetapi
padat & cepat faham.



Kerana itu, kami bangunkan teknik
belajar Al-Quran yang sesuai untuk mereka.
 

DVD Al-Quran kami memiliki formula khusus untuk mempercepatkan
anak anda menguasai tajwid Al-Quran.


Cara penerangannya pula serasi dengan mereka kerana kami mengajar
secara santai, menghiburkan dan cepat faham.


Yang penting, mereka boleh belajar dari rumah (anda pun boleh tonton bersama jika mahu).

Jika tidak faham atau lupa, boleh tonton semula.

Ulangkaji berkali-kali.



Semua ini didedahkan dalam :
DVD TIGA SEMINAR


.


................................................

.


Ada 5 sebab, mengapa anak anda perlu belajar dari DVD ini :


Sebab  #1.    Ilmu tajwid yang paling diperlukan sahaja.

DVD ini fokuskan ilmu tajwid yang PALING ANAK ANDA PERLUKAN sahaja. Ini kerana, ilmu tajwid amat luas tetapi tidak semua perlu diketahui.

Tajwid ada teori, ada praktikal.


Yang kami bincangkan hanya praktikal. Ilmu tajwid yang akan digunakan ketika membaca Al-Quran sahaja.

Anak anda tak perlu perah otak ingati berpuluh nama hukum tajwid yang banyak.

Pendek kata, kami mahu mereka terus amalkannya ketika membaca Al-Quran.


Sebab  #2.     Kami bimbing langkah demi langkah.

Kami bimbing anak anda dari asas hinggalah mampu baca Al-Quran seperti pakar. Ada 3 DVD yang akan bantu mereka ke arah itu :





Langkah pertama, mereka perlu tonton DVD ini kerana ia menerangkan dua perkara UTAMA : ‘big picture’ & ‘short-cut’  ilmu tajwid. Apa ilmu tajwid yang perlu dikuasai, apa yang tidak perlu.

Big picture : Sebenarnya, semua hukum tajwid utama terbahagi kepada 4 kategori sahaja : dengung, tidak dengung, hamzah wasal & mad.

Short-cut : Camkan hampir 70% hukum-hakam tajwid dalam Al-Quran melalui simbol & kod Resam Uthmani.

Tidak perlu pun ingat nama hukum-hakamnya. ‘Berasap’ kepala mereka nanti. Kami ajar camkannya melalui simbol sahaja yang memang tersedia dalam Al-Quran.

Lebih cepat, bersifat praktikal & lebih mudah.


Tonton contoh videonya di bawah :









Ini tahap seterusnya.

Fokus DVD ini adalah untuk mencantikkan lagi bacaan Al-Quran anak anda, dari bunyi melayu ke bunyi arab.

Kami kongsikan cara membaca Al-Quran ikut gaya yang selalu Rasulullah s.a.w amalkan : Cara sebutan 'lahjah arab'. Antara tips yang kami kongsikan adalah :

-  Cara hilangkan kesalahan sebutan 10 huruf yang selalu ditutur dengan ‘bunyi melayu’.

- 10 bacaan unik dalam Al-Quran yang wajib dikuasai. Jika tidak, anak anda kerap ‘ter’salah disini.

Praktikal bacaan. Ada 3 jenis kesalahan yang paling kerap berlaku. Saya akan tunjukkannya satu-persatu beserta cara memperbetulkannya.



Tonton contoh videonya di bawah :






Apabila bacaan telah mantap, tentu anda gembira apabila anak kesayangan membaca surah lebih panjang dalam solat seperti Surah Mulk, Sajadah & Yasin.

Semua surah ini banyak fadhilatnya dalam hidup mereka. Elok diamalkan sejak muda.

Jadi kami kongsikan teknik paling berkesan untuk mereka menghafaznya.

Hafazan yang bukan kerap lupa dari ingat kerana teknik ini membantu mereka mencapai ingatan sekuat Surah Fatihah, jarang sekali lupa sejak kecil sampai sekarang.

Kaedah Jibril menyediakan teknik ke arah itu.



Tonton contoh videonya di bawah :






Sebab  #3.    Belajar di rumah sahaja. Lebih mudah.

Benar, hantar anak belajar di kelas lebih tersusun tetapi masalahnya, mereka cepat 'boring'.  Hujung minggu, mereka ada ativiti tersendiri pula. 

Apa kata mereka belajar dari rumah dahulu.Tonton 3 DVD ini.

Kuasai dahulu segala step tajwid yang penting.

Kemudian, apabila mereka sudah agak mahir dan hatinya terbuka, barulah anda hantar mereka ke kelas tajwid secara berkala.



Sebab
  #4.    Kami mengajar secara santai untuk elakkan
mereka bosan.

DVD ini bukan dirakam dalam studio, tetapi ia adalah rakaman penuh seminar sehari.

Kerana itu, penyampaiannya lebih ‘real’ & manusiawi.


Walaupun ia seminar agama, penyampaian kami dibuat secara santai, sambil diselang-seli sedikit humor serta banyak interaksi.

Ramai peserta bertanya soalan penting. Jawapannya perlu anak anda tahu kerana kebanyakkan pesertanya remaja, sama seperti mereka.

Apa yang peserta tanya, itu juga yang anak anda ingin tanyakan.

Cuba baca pengalaman peserta yang menyertainya :


.



Sebab  #5.    Kami singkatkan tempoh mereka belajar Al-Quran.

Berdasarkan pengalaman saya membuka kelas Al-Quran, ramai pelajar ‘gugur di tengah jalan’, tidak habis.

Maknanya ilmu tajwid yang dipelajari tidak lengkap.


Saya tidak mahu anak anda begitu.

Kerana itu saya kumpulkan ilmu penting Al-Quran dalam DVD ini lengkap dengan penerangan. Biar anak anda belajar secara santai dari atas sofa ditemani fresh orange.

Boleh ulang berkali-kali jika tidak faham. Boleh tonton bersama adik-beradik lain. Jika penat, boleh ‘pause’ dan sambung semula esok.


Lagipun, pembelajaran kita bukan tamat setakat DVD ini. Jika ada soalan, ajukan kepada saya melalui emel (asraff2@yahoo.com) & facebook (UstazAsraff). InsyaAllah saya akan berikan jawapan terbaik.

Malah jika benar serius, pertemuan bersama saya pun boleh diaturkan.







Para pembaca budiman, saya yakin ia bakal memantapkan kefahaman anda. Ini kerana, semua ilmu ini diperolehi dari kepakaran dan pengalaman lebih 20 tahun dalam bidang Al-Quran.

>> Saya mula menghafaz Al-Quran sejak berusia 13 tahun.
>> kelulusan Ijazah sarjana muda (kepujian) Al-Quran & Qiraat, Universiti Al-Azhar, Mesir.
>> Masters (Sarjana) Psikologi I.O, U.K.M

>> memiliki sanad sahih Al-Quran, bersambung dengan Rasulullah s.a.w.
>> pernah berkhidmat di Darul Quran, pusat rujukan hafazan 30 juz Al-Quran utama Malaysia.

>> Diiktiraf kepakaran tajwid apabila dilantik sebagai pensyarah jemputan Universiti Malaya & U.I.A (untuk program persijilan Al-Quran masyarakat awam).

>> Dilantik sebagai imam khas solat tarawikh berpasangan dengan Syeikh Jibril (Qari terkenal Mesir) di Masjid Wilayah, KL (2007)

>> Dijemput berkongsi pengalaman Al-Quran dengan MRSM Ulul Albab. (MRSM khas hafazan Al-Quran & akademik.)

>> telah mengadakan lebih dari 40 seminar Kaedah Jibril seluruh Malaysia, dihadiri lebih 5,000 peserta. Ia juga diadakan di luar negara : New Zealand, Singapura & Brunei Darussalam.

>> Keberkesanan Kaedah Jibril diiktiraf kerajaan Brunei apabila ia dijadikan kaedah hafazan untuk seluruh sekolah menengah agama Brunei.

>> telah menulis 3 buku mengenai Al-Quran : Kaedah Jibril (terbitan PTS), Quranology (terbitan Mustread) dan 145 fakta menarik Al-Quran (ebook).

>> dilantik sebagai pengajar Al-Quran khas kepada Dr. Azizan Osman  (Jurulatih pemasaran No. 1 Asia) -klik sini-. Terkini, sedang menulis buku ‘Hidup Luarbiasa’ bersama beliau.











RM 90 sahaja
untuk 3 tajuk DVD

Jika anda fikir ia agak tinggi, cuba bandingkan dengan kos
 menghantar anak ke  kelas tajwid seminggu sekali.

Sebulan anda bayar RM50. Silibusnya setahun.
Bermakna, yurannya RM600.


DVD ini baru RM 90.

Lagipun, ilmu DVD ini kekal. Boleh diulangkaji berkali-kali.
Kongsi dengan semua adik-beradik lain.


Berita baik : anda cukup bertuah
kerana melayari website ini sekarang.
Ada promosi :)










JAMINAN KAMI :

Anda boleh cuba
100%
bebas risiko.








Untuk pembelian, klik gambar 'Tempah sekarang' di bawah :
Anda jimat RM 25 + Dapat DVD percuma bernilai RM45.













********************************************

Produk berkualiti terbitan :




FURQANWORKS SDN BHD(1034644-M)
13M, Tingkat 1, Jln Hentian 1B,
Pusat Hentian Kajang
43000 Kajang. Selangor

Tel/Faks : 03-8741 6464
E-mel : furqanworkssdnbhd@gmail.com




.
c